Saturday 22 September 2012

Kemerdekaan Malaysia ,Janji Ditepati



Tanggal 31 ogos 1957 merupakan satu tarikh keramat dimana negara Malaysia tercinta telah mencapai kemerdekaan berkat doa dan perjuangan para pemimpin, pejuang dan rakyat jelata yang berbilang kaum. Setelah sekian lama dihimpit kesengsaraan, laungan pertama “Merdeka” pastinya meninggalkan seribu erti kegembiraan dengan titisan air mata yang penuh bangga.



Begitulah bait-bait lagu yang pasti didalamnya mempunyai seribu satu makna tersurat dan tersirat bagi yang menghayati dan memahaminya.

Hari ini jika ditanya erti sebuah kemerdekaan pada anak-anak muda, pasti jawapan yang diberi adalah “merdeka bermaksud bebas.” Jika diteliti “bebas” yang digambarkan mereka bukanlah bebas dari penjajah tetapi “bebas” telah disalahertikan sebagai bebas melakukan apa sahaja tanpa berlapikkan agama dan adat sebagai masyarakat Malaysia.

Jauh benar maksud sebenar “merdeka” yang ditafsirkan oleh segelintir anak-anak muda negara kita. Umpama api dalam sekam, luarnya cantik dalamannya menunggu masa untuk merebak. Luarannya, negara kita sudah merdeka namun masyarakat Malaysia kini masih lagi miskin dijajah pemikirannya. Kemana hilangnya adat dan adab, kemana hilangnya penghayatan agama, dan kemana hilangnya perpaduan kaum serta semangat cintakan negara?

Semua itu telah hilang ditelan zaman dek kerana pelbagai unsur-unsur luar yang kebanyakannya bukan dari kita, bukan dari Malaysia. Kemodenan itu perlu agar kita mampu bersaing dengan masyarakat dan negara luar agar gah nama Malaysia di mata dunia namun janganlah sibuk memandang kehadapan sehingga lupa menoleh kebelakang bukan untuk meratapi tetapi menilai asal usul kita agar tidak digelar masyarakat bodoh sombong.

1 Malaysia Janji Ditepati” merupakan tema kemerdekaan pada tahun 2012 ini. Ucapan jutaan terima kasih Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana memperkenalkan “1 Malaysia”. “1 Malaysia Janji Ditepati” memberi seribu satu makna kepada masyarakat Malaysia. “1 Malaysia” mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.

“Janji ditepati” melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Oleh hal demikian, sempena kemerdekaan tahun ini marilah sama-sama kita berusaha untuk mengubah sikap dan pemikiran negatif dalam diri kita supaya menjadi seoarang insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment